Putera Hisahito (Akishino no miya Hisahito shinno) dilahirkan pada 6 September 2006, merupakan bayi lelaki pertama yang dikurniakan buat kerabat diraja Jepun dalam tempoh 41 tahun. Beliau dilahirkan di sebuah klinik swasta di Tokyo dan diberikan nama Hisahito dan diberikan kotak yang diperbuat dengan kayu paulownia disebelah bantalnya oleh Putera Akishino.
Putera Akishino yang merupakan anak kedua Maharaja Akihito, memilih nama Hisahito yang mempunyai maksud “ketenangan dan ukuran moral tertinggi” untuk puteranya. Selepas kelahiran beliau, Jepun mula reda dari kontroversi untuk mengubah undang-undang dalam melayakkan wanita mewarisi takhta Jepun.
Selepas kelahiran Puteri Aiko sehingga kelahiran Putera Hisahito, pelbagai cadangan dan pembatalan dibuat oleh perdana menteri yang disebut di Parlimen Jepun. Disamping cadangan agar poligami dibenarkan semula, pelbagai provokasi dan kontroversi timbul sekitar isu pewarisan takhta berkenaan.
Mengikut undang-undang dan tradisi takhta Jepun, pemerintah tertinggi Jepun hanya boleh diwariskan kepada lelaki sahaja. Biarpun sebelum ini, sejarah merekodkan beberapa maharani telah memerintah. Namun ramai ahli politik dan sarjana dari golongan konservatif menegaskan peraturan sedia ada harus dikekalkan kepada pewaris lelaki.


0 ulasan:
Catat Ulasan