Empat gandingan Tan telah berentap dalam pilihanraya presiden Singapura 27 Ogos 2011. Salah satu daripada keempat-empat calon tersebut iaitu Dr Tony Tan, Dr tan Cheng Bok, Tan Kin Lian dan Tan Jee Say bakal menjadi presiden ketujuh Singapura. Beberapa info mengenai calon adalah seperti berikut:
Dr Tony Tan (71) pernah berkhidmat sebagai menteri kesihatan, menteri pendidikan, menteri perdagangan dan industri serta menteri pertahanan. Mantan menteri kabinet itu telah berundur untuk kembali menyertai Overseas Chinese Banking Corporatian sebagai CEO pada 1991. Beliau kemudian masuk kembali ke dalam kabinet pada tahun 1995 sebagai timbalan perdana menteri. Pada 2005, Dr Tony Tan kembali berundur dari kabinet dan menyertai Singapore Press Holdings Limited dan mengetuai National Research Foundation.
Dr Tan Cheng Bock (71) merupakan mantan anggota parlimen bagi People’s Action Party (PAP). Beliau mewakili Ayer Rajah selama 26 tahun dari 1980 sehingga 2006.
Tan Kin Lian (63) menyertai PAP selama 30 tahun dan meninggalkannya berikutan berlaku perselisihan pendapat dalam masalah dalaman parti pada 2008. Bekas CEO itu berkhidmat untuk NTUC Income selama 30 tahun dan mengundurkan diri pada tahun 2007.
Tan Jee Say (57) pernah menjadi setiausaha sulit kepada mantan perdana menteri Go Chok Tong, selain pernah menduduki Kementerian Perdagangan dan Industri. Beliau pernah menjadi calon kepada Singapore Democratic Party (SDP), namun gagal menang sebarang kerusi parlimen.
Untuk pertama kalinya dalam 18 tahun, rakyat Singapura akan memilih presidennya menggantikan S R Nathan. Manakala, S R Nathan (87) yang menyandang jawatan Presiden selama dua penggal setelah memenangi pilihanraya presiden pada 1999 dan 2005 tanpa bertanding akan berundur 31 Ogos 2011.
Presiden yang terpilih akan memegang tampuk pemerintahan selama enam tahun. Pemerintah Singapura memerlukan persetujuan presiden bagi menggunakan dana negara. Ini bermaksud presiden berhak menolak belanjawan negara. Presiden Singapura juga berhak menolak perlantikan seseorang dalam jawatan penting dalam kerajaan.
Kempen sepanjang sembilan hari sehingga hari pemilihan, dikuasai oleh seruan tegas agar presiden mengimbangkan kuasanya dengan PAP. Ketika pelbagai khabar angin bertiup kepada bakal penerima gaji terbesar di dunia ini. Yang pastinya “Tan” tetap akan memenangi pemilihan berkenaan.
28 Ogos 2011:
0 ulasan:
Catat Ulasan