Ini telah menjadikanya (64) sebagai perdana menteri kelima yang berudur dalam tempoh lima tahun. Setelah hampir 15 bulan memegang kuasa, Naoto Kan akan menyerahkan kepimpinannya kepada pemimpin baru pada 29 Ogos 2011, isnin minggu depan. Manakala pemilihan perdana menteri baru akan ditentukan oleh anggota parlimen hari berikutnya.
Sebelum ini, beliau telah terselamat daripada undi tidak percaya yang dihadapinya pada bulan Jun. Kemudian, Naoto Kan memaklumkan akan melatak jawatan jika tiga rang undang-undang diluluskan. Pada jumaat yang sama pengundurannya, dua rang undang-undang tersebut telah diluluskan iaitu, Akta Mengenai Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui dan Akta Penerbitan Bon diluluskan oleh parlimen.
Akta itu membolehkan kerajaan menerbit bon mengawal defisit dalam tahun fiskal 2011 dan menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Jepun mengalami ketidakstabilan politik semasa meningkatnya ketidaktentuan iklim ekonomi serantau. Selain itu, peristiwa bencana 11 Mac 2011 antara yang telah meruncingkan lagi gelodak politik beliau.
Dalam ucapannya kepada ahli parti, beliau dengan yakin mengatakan bahawa dirinya telah melakukan hal yang sepatutnya beliau laksanakan. Beliau berharap agar perdana menteri baru dipilih dari kalangan pemimpin yang dihormati. Dalam masa yang sama, dikatakan empat pemimpin utama DPJ sudah menawarkan diri untuk bersaing jawatan tertinggi parti berkenaan minggu hadapan.

2 ulasan:
Jika ini berlaku kat Malaysia,tentu negara akan lebih cepat bergerak ke hadapan;tak perlu berjuta slogan.
salam al mubarak dan Selamat Hari Raya,sdr Aliff
Tuan mungkin betul, namun mentaliti rakyat Malaysia berbeza. Meskipun berlaku pengunduran politikus dan pemerintah. Gejala yang sama masih berlaku.
Terima kasih untuk ucapan.
Catat Ulasan