29 Ogos 2011

Kerusi Perdana Menteri Milik Yoshihiko Noda

Parti Demokratik (DPJ) selaku parti pemerintah telah memilih menteri kewangan, Yoshihiko Noda sebagai Perdana Menteri Jepun keenam. Jawatan itu menggantikan Naoto Kan yang gagal menyelesaikan krisis gempa bumi dan tsunami 11 Mac. Naoto Kan dikritik hebat kerana kurang bersungguh dalam menangani krisis berkenaan secara optimum.

Noda (54), menumpaskan keempat-empat pesaingnya pada dua pusingan pungutan suara pada isnin 29 Ogos 2011. Pesaing terdekatnya Banri Kaieda tewas dengan 177 undi berbanding dirinya sebanyak 215 undi. Beliau akan disahkan sebagai perdana menteri hari berikutnya oleh parlimen yang dikuasai oleh DPJ.

0 ulasan: